TEKNIK BAKAR LEMAK

SENI LATIHAN CARDIO

Kita sering mendengar, jika nak kurus/turunkan berat badan kena perbanyakkan senaman ccardio

Yup, Setuju..

Tetapi bagaimana kaedah yang tepat melakukannya.?

Cukupkah sekadar dengan berlari anak?
Atau berlari bapak?
Mahupun berlari dikejar anjing?

Semuanya berlari kan...?
Berlari pun salah satu dari cardio...

Kaedah yang tepat adalah dengan mengetahui kadar nadi maksimum seseorang dahulu.

Usia yang berbeza, memberikan jawapan yang berbeza.

atas faktor itu juga, intensity latihan bagi setiap orang tidak sama.

sebagai contoh..

client yang berusia 50thn.
Kadar nadi max adalah 170 detik/min

Jika dia melakukan latihan melampai bacaan ini, ada kemungkinan sesuatu diluar jangkaan boleh terjadi sehingga membawa kepada maut.

Seterusnya, pengetahuan berkenaan hubungan detik nadi pada " fat burn zone " sangat membantu dalam proses penurunan kadar lemak seseorang.

Bagi client berusia 50thn,
Disarankan untuk bersenam pada 100detik/min sehingga 105 detik/min dahulu.

mengapa??

Ini bertujuan supaya client ini berjaya memasuki zone pembakaran lemak sewaktu bersenam.

Setelah 3 hingga 6 bulan...

Apabila staminanya semakin bagus, latihan interval training bole dimasukkan bagi memberi sedikit cabaran didalam latihan seterusnya meningkatkan pembakaran lemak sebagai sumber tenaga.

Mungkin selepas 9 hingga 12 bulan konsisten bersenam, intensity sekali lagi dipertingkatkan.

Kali ini penetapan kadar detik maksimum sekitar 80% iaitu sekitar 131-136 detik/min

Dengan menggunakan kaedah ini.
Client bukan sahaja mampu mendapat manfaat pembakaran lemak sebagai sumber tenaga sewaktu bersenam

tetapi...

ia juga dapat mengawal kemampuan jantung supaya tidak melebihi kemampuan maksimum sehingga boleh mengakibatkan kesan yang tidak diingini.

Get Fit79
Bandar Seri Alam
#LadiesOnly

Comments

Popular Posts