PEMILIHAN COACH SIRI 2

SENI PEMILIHAN COACH ANDA 2

Tugasan seorang coach tidak hanya ketika sesi senaman semata-mata.

Di Get Fit79, kami juga berperanan sebagai consultant terhadap persoalan dan permasalahan berkisar kepada ruang lingkup bidang fitness.

Jika anda bersangka..
Tugas coach berakhir di wisel penamat sesuatu acara sahaja.

Itu tidak berapa tepat.

Apabila seseorang client kami hadir.
Biasanya mereka membawa masalah awalan

seperti
📌obesiti,
📌kecergasan merundum,
📌cepat letih,
📌cholesterol tinggi,
📌sakit lutut,
📌terlalu kurus akibat diet yg extream..
📌Nak interview bomba/badan beruniform
dan macam-macam lagi..

Setelah bersama kami.
Anda rasa masalah mereka selesai ke??

Jawapannya : TIDAK!!! 🤣🤣

Mereka akan menemui masalah baru pula.
Apa masalahnya

📌 Berat statik (plateu)
📌 Rasa nak lebih Fit
📌 Rasa nak give up
📌 Rasa dah buat macam-macam tapi macam tu juga.
📌 Berat dah turun tapi potongan pula hilang
📌 Pakaian lama semua longgar, walhal berat masih sama
📌 Pungkuk makin melentik, dulu tidak

Sebagai Coach mereka dah tahu apa yang bakal mereka alami di kemudian hari.

Disinilah peranan dan kepakaran seorang coach itu dinilai.

Coach yang berquality adalah coach yang mampu memberi penyelesaian kepada setiap permasalahan client dengan tepat.

Tepat bermaksud, sebelum jawapan & penyelesaian diberi.

Coach harus meletakkan diri coach ditempat client,
✔️memahami segala sejarah latihan, ✔️mengetahui segala data assessment, ✔️mengetahui corak permakanan client, ✔️mengetahui kesungguhan client, ✔️mengetahui tahap ilmu client didalam segala aspek yg melibatkan
😲 permakanan,
😲senaman dan
✔️kena tahu juga tahap lakonan dan sembang lebat client.

Senang kata, untuk menjawab persoalan client, seorang coach memang memerlukan kefahaman ilmu.

Tidak cukup untuk coach itu faham seorang diri.

Tetapi bagaimana seorang Coach mengajar client dan client mereka memahami ilmu itu jauh lebih penting.

Bersambung...

Comments

Popular Posts