Fat Loss Challenge

Fat Loss Challenge
In Sya Allah ada kesempatan saya akan anjurkan FLC lagi setelah selesai bulan syawal.



Saya melihat permintaan untuk program seumpama ini senantiasa ada sambutannya.

Mudah bagi saya untuk menganjurkannya.
Disebabkan saya mempunyai kelengkapan serta jaringan kepakaran jurulatih, Dietitian, Motivator dan crew yang berpengalaman.

Bila-bila masa, peserta boleh mendaftar dan menyertai saya.

Tetapi...

Saya tidak memandang dari sudut itu..

Saya memandang dari sudut pengisian ilmu dan kefahaman peserta disebalik sesebuah aktiviti itu jauh lebih penting.

Faham ke faham??

Sebagai contoh..

Ramai berpendapat, untuk kuruskan badan, berlari sangat membantu..

Yea benar saya juga bersetuju.

Tetapi apa yang sy nak peserta saya faham adalah apakah ilmu disebalik larian itu.

Apakah atau bagaimana hubungkaitnya berlari itu dapat membantu kepada proses menurunkan berat badan.?

Jika peserta sy tidak di jelaskan dengan betul dan mereka tidak faham.

saya sebagai orang yang bertanggung jawab, saya sangat merasa bersalah.

saya rasa berdosa...

Saya rasa gembira dan bangga apabila peserta saya mampu membincangkan perkara-perkara "disebalik" sesuatu latihan itu dengan penguasaan ilmu yang baik.

Pendapat saya..

Menjalankan program seumpama ini mudah..
Tetapi memberi kefahaman tentang ilmu dan kefahaman science di sebalik latihan itu, perlu saya perhalusi untuk next FLC

Matlamat saya, saya bukan nak melahirkan peserta yang kurus atau lentik pungkuq semata-mata..

Jauh dari itu..

Saya nak peserta saya menguasai ilmu disebalik mata zahir...

Ilmu yang memandu anda
Lupakan pil-pil ajaib

Comments

Popular Posts