Proses melengkapkan peralatan Gym di Get Fit79 Fitness Studio

Perlu saya jelaskan Get Fit79 Fitness Studio TIDAK BERFUNGSI sebagai sebuah pusat gymnasium walaupun beberapa peralatan asas gym akan di masukkan kedalam premis ini.. dan mungkin akan di upgrade lagi beberapa peralatan sehingga lengkap.

Mengikut kajian yang telah di jalankan oleh pihak Impulse Fitness, market untuk ahli yang aktif ke gym di negara kita sekitar 4% dari keseluruhan penduduk malaysia yang bersenam.

Seandainya Get Fit79 Fitness Studio juga memasuki market 4% yang sama, kami akan sama-sama berebut pelanggan yang sama seterusnya menjahanamkan industri gym yang sedia ada. Secara tak langsung akan membawa kepada persaingan tidak sihat dan membunuh industri.

Kehadiran Get Fit79 Fitness Studio adalah untuk menerokai 96% lagi baki yang belum diterokai.

Lantaran itu kami tidak membuka walk in untuk menggunakan peralatan gym ini di Get Fit79 Fitness Studio. Semua peralatan ini hanya di khaskan buat pelanggan yang melanggan program Corporate Fitness dan Personal Coaching dengan Instructor berkelayakan sahaja. 












Sebenarnya kami cuba membida untuk 11 buah mesin Nautilus USA, namun ketika ini hanya 6 mesin yang berjaya diperolehi.. 

Pengalaman melebihi 10 tahun di Scientex Gym terutama dalam Weight Training akan saya curahkan kepada anda.

Ini lah yang membezakan Get Fit79 Fitness Studio dengan mana-mana studio lain.

Berminat untuk sign up Weight Training Personal Coaching ?
tungguuuuu......... Sept 2017

Comments

Popular Posts